KUALA TERENGGANU: Dua individu dipercayai pelancong asing didapati menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel di pusat bandar Kuala Terengganu di sini.
Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu berjaya dirakam pengguna jalan raya di Jalan Tok Lam di sini sebelum gambar itu tular di media sosial sejak tengah hari Rabu.
Kebanyakan warganet mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang kini menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Bagaimanapun hari dan waktu gambar itu dirakam tidak dapat dipastikan.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang.
Katanya, bahagian Jawatankuasa Dakwah dan Pelaksanaan Syariah akan menyiasat perkara itu bagi memastikan sama ada ia pertama kali atau pernah berlaku sebelum ini.
"Kita kesal dengan apa yang berlalu kerana ia telah mencemar imej negeri Terengganu. Kerajaan tidak akan membiarkan ia berleluasa.
"Kita akan kenal pasti latar belakang individu itu sama ada mereka merupakan pelancong yang pernah sampai atau belum pernah ke Terengganu.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Wed Apr 13 2022
Gambar tular memaparkan penunggang lelaki yang hanya mengenakan seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
Mayat wanita separuh bogel ditemukan terapung di Pulau Perhentian
Mayat seorang wanita separuh bogel ditemukan terapung diperairan Pulau Perhentian, Besut.
Tular: Dua individu selamba tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu
Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu tular di media sosial.
Polis tahan pesakit mental separuh bogel cuba ganggu wanita
Polis telah menahan seorang pesakit mental dipercayai individu yang melakukan perbuatan tidak senonoh dan lucah dalam keadaan separuh bogel.
Wanita maut dikelar: Polis buru lelaki warga Indonesia bantu siasatan
Wanita berkenaan ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan tikaman pada leher, pada jam 2 petang.
Peragaan separuh bogel: Mustahil kerajaan akan luluskan - Menteri
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tersebut.
Mayat separuh bogel dijumpai sebelah Pasar Selayang
Orang awam yang menemui mangsa kira-kira jam 8.00 pagi tadi itu pada mulanya menyangkakan ianya sampah terapung.
Bandar Ipoh dikejutkan dengan aksi pengantin separuh bogel
Kedua-dua pengantin itu kelihatan menjalani sesi tersebut dan berjalan di sekitar Jalan Sultan Yussof, Ipoh, Perak pagi tadi.